global

Sekecil tapak tangan

Oleh Daily Mail

New Delhi: Seorang bayi lelaki yang hanya seberat 0.45 kilogram menjadi kanak-kanak paling kecil menjalani pembedahan jantung.

Bayi yang baru 28 minggu dalam kandungan itu belum dinamakan dan dia dilahirkan sebuah hospital kerajaan di Udaipur, Rajasthan.

Mata, paru-paru dan kulit bayi sebesar tapak tangan itu juga belum terbentuk ketika dia dilahirkan menyebabkannya dia tidak boleh disentuh langsung.

Bayi itu juga sukar bernafas disebabkan masalah pada duktus arteriosus apabila dua pembuluh darah utama jantungnya bersambung.

Ketika baru berusia dua bulan, doktor melakukan pembedahan selepas dia gagal menunjukkan tindak balas positif terhadap ubat diberikan tetapi pada masa sa ma terlalu lemah untuk dipindahkan ke pusat doktor pakar.

Dr Sunil Jangid yang melakukan pembedahan itu berkata: “Bayi itu cuma seberat 470 gram ketika dilahirkan dan sebesar tapak tangan.

“Pembedahan pada kanak-kanak, terutama yang sekecil ini memang mencabar dan berisiko kerana anggota badannya terlalu pramatang.”

Rakannya Dr Sanjay Gandhi berkata, bayi itu berdepan pelbagai risiko termasuk masalah pernafasan, pendarahan otak atau paru-paru dan masalah pembesaran.

Walaupun risikonya tinggi, doktor mengambil keputusan membedah bayi itu di unit rawatan rapi berikutan bayi berkenaan tidak boleh dipindahkan langsung kerana bimbang nyawanya terancam.

Doktor yang terpaksa menggunakan peralatan pembedahan kecil khas berjaya menyelamatkannya.

Sementara itu, ayah bayi berkenaan, SP Jain menganggap perkembangan positif anaknya sebagai menakjubkan.

Disiarkan pada: May 19, 2017 @ 12:34pm
d