global

2 kali tawan Everest musim ini

Kathmandu: Seorang wanita warga India semalam tiba di puncak Gunung Everest untuk kali kedua dalam masa kurang seminggu, kata pasukan ekspedisinya.

Kejayaan Anshu Jamsen- pa, 37, sekali gus membolehkan dia mencatat rekod baru bagi pendakian berganda bagi satu musim untuk kategori wanita.

Ibu dua anak itu tiba di puncak tertinggi dunia itu 16 Mei lalu sebelum turun dan berehat sebentar dan kemudian mendaki semula gunung berkenaan yang setinggi 8,848 meter itu untuk kali kedua bagi musim pendakian kali ini.

Kejayaannya semalam bermakna dia sudah menawan puncak Everest itu sebanyak lima kali sejak 2010.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh pendaki Nepal, Chuim Sherpa yang mencatatnya pada 2012.

Minggu lalu, wanita Nepal, Lhakpa Sherpa memecahkan rekodnya sendiri untuk menjadi wanita paling banyak tiba di puncak gunung berkenaan apabila dia menawannya untuk kali kelapan. - AFP

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 11:43am
d