global

Apa salah dia? [VIDEO]

Oleh Agensi

TANPA sebab, seorang lelaki tiba-tiba berjalan seperti orang cacat sebelum menghampiri lelaki yang baru keluar dari 7-Eleven di Chester Barat, Pennsylvania, dan menumbuknya.

Kejadian lelaki itu dikenali sebagai Barry Baker, 29, menumbuk mangsa berusia 22 tahun pada 2.13 pagi, 10 Mei lalu, dirakam CCTV kedai serbaneka berkenaan membolehkan polis menahannya.

Menurut laporan KYW-TV, tumbukan Baker itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas kereta namun dia tidak melawan manakala pembuli berkenaan dengan selamba berjalan meninggalkan tempat kejadian.

Polis yang meneliti rakaman CCTV berjaya menahan Baker dan dia kini dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin menunggu perbicaraannya pada 30 Mei depan.

Pendakwaraya Daerah Chester, Tom Hogan, menganggap Baker sebagai pembuli dan sesiapa saja yang siuman pasti marah dengan perbuatannya.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 6:33pm
d