global

Patung dewi keadilan dipindahkan

Oleh AFP

Dhaka: Bangladesh semalam memindahkan patung yang menggambarkan ‘dewi keadilan’ di luar bangunan Mahkamah Agungnya selepas pembinaan itu dikecam masyarakat Islam negara itu kerana dianggap tidak Islamik.

Kumpulan Islam mahukan patung itu yang matanya ditutup dan berpakaian sari sambil memegang neraca -versi dewi keadilan Greek Bangladesh digantikan dengan al-Quran.

Pengukirnya, Mrinal Haque dilihat sebak ketika menyaksikan patung itu dipindahkan kurang enam bulan selepas dia menyiapkannya.

“Kematian ibu saya tidak membuat saya sesedih ini,” kata Haque.

Pemindahan patung itu mencetuskan tunjuk perasaan di luar bangunan mahkamah dan di kampus Universiti Dhaka, kubu kuat sekular.

Polis terpaksa menembak peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ratusan pelajar serta aktivis berhaluan kiri yang membantah pemindahannya.

Kerajaan tidak mengulas tindakan itu kecuali berkata, ia keputusan mahkamah.

Disiarkan pada: May 27, 2017 @ 1:26am
d