global

Padah 'bangga' rakam serangan

New Delhi: Tiga lelaki ditahan selepas muncul satu rakaman video menunjukkan mereka menyerang dua wanita secara seksual, dengan hanya dipandang puluhan orang lain yang langsung tidak mengendahkan jeritan mangsa meminta bantuan.

Video kabur yang disiarkan stesen televisyen India itu menunjukkan lelaki terbabit meraba serta menolak wanita berkenaan di Uttar Pradesh, sementara orang awam hanya ketawa dan merakam kejadian sebelum memuat naiknya ke media sosial.

Kejadian itu berlaku minggu lalu di sebuah perkampungan terpencil di daerah Rampur apabila sekumpulan lelaki mengelilingi dua wanita berkenaan yang usia dan identiti mereka tidak didedahkan.

“Kami sudah menahan tiga dalang utama kejadian dan berharap dapat menangkap seorang lagi tidak lama lagi,” kata pegawai kanan polis Rampur, Mohammad Tariq.

Polis menganalisis rakaman berkenaan dan membuat kesimpulan terdapat empat penyerang utama selain akan turut menyiasat orang awam yang berkumpul melihat kejadian, katanya. - AFP

Disiarkan pada: May 30, 2017 @ 9:05am
d