global

Sasar militan, terkena askar

Oleh Agensi

SERANGAN udara tentera Filipina yang menyasarkan militan di bandar Marawi di selatan negara itu sebaliknya menyebabkan 10 askar kerajaan terbunuh.

“Sekumpulan anggota tentera kami terkena serangan udara kami sendiri. Sepuluh orang terbunuh,” kata Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana kepada wartawan di Manila, hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku semalam.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 11:58am
d