global

IS siar video, gambar di Marawi

Oleh Agensi

VIDEO dan sejumlah gambar yang didakwa disiarkan kumpukan Negara Islam (IS) dikatakan menunjukkan militan bertempur di Marawi, Mindanao.

Menurut laman web Long War Journal, video itu yang disiarkan IS melalui agensi beritanya, Amaq News Agency, memaparkan militan kumpulan bersenjata bertempur di Marawi serta merampas satu kenderaan berperisai tentera yang ditinggalkan. Mayat dipercayai anggota tentera Filipina boleh dilihat dalam kenderaan itu.

Laman web Amaq News Agency sering dimatikan pihak berkuasa, namun sejak beberapa minggu lalu, ia menggunakan laman web yang mempunyai ‘buzznews’ dan video di Marawi itu disiarkan di laman web berkenaan.

Selain itu, kumpulan aplikasi Telegram IS juga menyiarkan beberapa gambar di Marawi, termasuk gambar kenderaan berperisai dirampas itu.

Gambar dari Marawi yang disiarkan IS sebelum ini, menunjukkan lelaki bersenjata meronda jalan, mengadakan sekatan jalan raya dan memasang bendera serta kain rentang hitam.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 5:06pm
d