global

Video 3 maut berbalas tembak kini beredar [VIDEO]

Oleh Agensi

RAKAMAN video kejadian dua pemburu penjenayah dan seorang penjenayah terbunuh selepas berbalas tembak di sebuah premis pengedar Nissan di Greenville, Texas, semalam, kini mula beredar di internet.

Pemburu penjenayah berlesen, Fidel Garcia Jr dan Gabriel Bernal, terbunuh bersama penjenayah yang diburu mereka, Ramon Hutchinson.

Video berkenaan yang dirakam seseorang yang berada dalam premis berkenaan, menunjukkan Garcia dan Bernal mengacukan pistol ketika menghampiri Hutchinson yang berada dalam sebuah bilik berdinding kaca bersama teman wanitanya.

Menurut Daily Mail, ketika mereka semakin hampir, berlaku pertengkaran dan beberapa tembakan kedengaran sebelum orang yang merakam video berkenaan menjatuhkan dirinya ke lantai dan berlari keluar.

Hutchinson dikehendaki kerana tidak hadir ke mahkamah di Minneapolis, Mac lalu, menyebakan wang ikat jaminnya sebanyak $50,000 lupus.

Menurut syarikat pemburu penjenayah di Minnesota, US Fugitive Recovery and Extradition, Hutchinson mempunyai rekod merampas senjata api polis, menyerang polis dan kesalahan memiliki dadah.

Pemburu penjenayah biasanya mendapat 10 peratus daripada jumlah wang jaminan bagi setiap penjanayah yang berjaya ditahan dan Garcia serta Bernal adalah penyiasat persendirian berlesen dengan syarkat Corpus Christi yang diupah untuk menahan Hutchinson.

Pemburu penjenayah berlesen mempunyai kuasa menahan dan menggeledah, namun bukan ejen kerajaan.

Tragedi premis Nissan itu bermula selepas mereka mengeluarkan gari untuk menahan Hutchinson kira-kira 7.30 malam, namun Hutchinson mengeluarkan pistol dan berlaku tembak menembak menyebabkan ketiga-tiganya mati. Tiada mangsa lain cedera atau maut.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 10:46pm
d