global

10 mayat, rangka pesawat ditemui di Laut Andaman

Oleh Agensi

Yangon: Mayat dan rangka pesawat ditemui di laut di luar pantai selatan Myanmar semalam ketika operasi mencari kapal terbang tentera yang hilang bersama 122 askar, anggota keluarga dan kakitangan.

Sepuluh mayat, enam dewasa dan empat kanak-kanak ditemui kira-kira 35 kilometer dari Launglon, sebuah bandar tepi pantai oleh kapal tentera dan awam, menurut kenyataan terbaru tentera negara itu.

Pesawat pengangkut buatan China, Y-8-200F itu hilang selepas berlepas untuk melakukan penerbangan biasa dari bandar Myeik ke Yangon, kelmarin.

Pesawat itu terputus hubungan 29 minit selepas berlepas ketika berada 5,485 meter di ruang angkasa Laut Andaman.

Sebuah roda pesawat, dua jaket keselamatan dan beberapa beg pakaian dipercayai dari pesawat yang hilang itu adalah antara yang ditemui.

Disiarkan pada: June 9, 2017 @ 8:32am
d