global

Lebih 20 tingkat terbakar [VIDEO]

Oleh Guardian UK

DUA RATUS anggota bomba di London, England dan 40 jentera dikerahkan ke lokasi kebakaran apartment 24 tingkat Grenfell Tower di Lancaster West Estate, barat London, hari ini.

Menurut laporan Guardian UK, polis Metropolitan London dihubungi pada 1.15 pagi waktu tempatan (8.15 pagi waktu Malaysia), dan proses pemindahan penduduk sedang dijalankan.

Jurucakap polis berkata, dua mangsa dirawat di lokasi kejadian kerana terhidup asap dan beberapa mangsa terperangkap dalam bangunan itu.


Bangunan itu mengandungi 120 apartment membabitkan lebih 200 penduduk.

Menurut Jabatan Bomba London, kebakaran itu berlaku bermula tingkat kedua sehingga tingkat atas dan anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Disiarkan pada: June 14, 2017 @ 12:15pm
d