global

Lagi kes banduan lari

Oleh AFP

Jakarta: Puluhan banduan melarikan diri dengan berenang dari sebuah penjara yang banjir selepas ia dimasuki air akibat dindingnya runtuh, kata polis awal semalam.

Ia kejadian terbaru banduan melarikan dari penjara di negara itu.

Menurut laporan, 32 banduan melarikan diri dari penjara di bandar Jambi di barat Sumatera itu.

Kebanyakannya ditangkap semula, kecuali 10 yang dipercayai masih bebas.

Kira-kira 1,200 banduan ditempatkan di penjara itu.

Pihak berkuasa berkata, ratusan anggota polis dan tentera dikerah memburu tahanan berkenaan.

Pasukan keselamatan juga menggunakan bot getah dalam operasi mencari di Jambi yang masih ditenggelami air.

“Jika banduan itu bersembunyi dengan keluarga mereka, kami menggesa keluarga itu menyerahkan mereka semula kepada kami,” kata Tresnadi.

Banduan melarikan diri dari penjara sering berlaku di Indonesia, tempat kebanyakan penjara begitu sesak.

Bulan lalu, lebih 440 banduan melarikan diri dari penjara Pekan Baru di Sumatera selepas pengawal membenarkan mereka keluar untuk menunaikan solat Jumaat.

Hanya separuh daripada mereka berjaya ditangkap semula.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 6:39am
d