global

26 penumpang penerbangan China cedera

Oleh AFP

SEKURANG-KURANGNYA 26 cedera dengan empat daripadanya parah apabila sebuah pesawat China Eastern Airlines dari Paris melanggar ribut ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui, Yunnan.

Menurut agensi berita Xinhua, ramai penumpang penerbangan MU744 dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle itu dirawat kerana patah tulang, luka di kepala dan lebam akibat ditimpa bagasi yang jatuh atau terhantuk pada peralatan dalam pesawat.

Seorang penumpang, Zhang, berkata: “Kami mengalami dua ribut besar dan tiga ribut kecil selama 10 minit.

Pesawat itu mendarat dengan selamat pada 9 pagi waktu tempatan.

Disiarkan pada: June 18, 2017 @ 9:01pm
d