global

Padah juntai anak di tingkat 15

Algiers: Seorang bapa dipenjara dua tahun selepas menjuntaikan anaknya di tingkap kediamannya di tingkat 15 sebuah apartmen.

Lelaki itu menyiarkan video perbuatannya di Facebook dengan keterangan ‘1000 ‘like’ atau saya lepaskannya.’

Gambar berkenaan menunjukkan kanak-kanak itu jelas takut dan keliru dengan apa berlaku.

Selepas video itu tersebar, ramai pengguna Facebook mendesak lelaki itu didakwa kerana mendera anaknya.

Lelaki itu mengaku berbuat demikian semata-mata mahu mendapat populariti di laman media sosial itu. - Agensi

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 6:58am
d