global

Penyerang letup bom mati ditembak

Oleh AFP

PIHAK berkuasa Belgium menyatakan sudah mengenal pasti lelaki yang meletupkan ‘bom’ di stesen kereta api bawah tanah paling sibuk di Brussels sebelum lelaki itu ditembak mati oleh polis, hari ini.

Menteri Dalam Negeri Jan Jambon berkata, serangan itu tidak menjadi besar kerana bom berkenaan tidak menghasilkan letupan besar, sebaliknya hanya bola api.

Saksi mendakwa lelaki berkenaan melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebelum meletupkan bom berkenaan namun hanya bola api kecil terhasil.

“Identiti penyerang sudah dikenal pasti,” kata Jambon kepada stesen radio dan televisyen RTBF tanpa memberi maklumat lanjut.

Selain penyerang yang ditembak mati, tiada orang awam cedera atau terbunuh dalam kejadian itu dan stesen berkenaan sudah dibuka kepada orang ramai mulai 8 pagi waktu tempatan.

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 5:06pm
d