global

Wanita yang usianya 'terhenti'

Oleh Agensi

CUBA teka berapakah usia wanita ini? Anda mungkin menganggarkan dia berusia awal 20-an dan masih belajar namun sebenarnya wanita Taiwan ini berusia 42 tahun.

Lure Hsu yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 tahun ini, adalah bintang internet yang mengejutkan ramai orang dengan penampilannya seperti remaja.

Menurut Daily Mail yang memetik media China, wanita yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman itu mula menjadi perhatian selepas gambarnya tersiar di internet ketika menemani adiknya, Sharon, 35, seorang pelakon di Taiwan, ke satu persembahan pada 2015.

Pada Ogos 2015, Sharon menyiarkan gambarnya meraikan hari jadi kakaknya itu (Lure) yang ke-40 dan peminat serta rakan Facebooknya terkejut apabila mengetahui usia kakaknya adalah 40 tahun.

Selepas itu, Lure berterusan menjadi perhatian di media sosial dengan puluhan ribu orang melihat profail media sosial wanita itu.

Akaun Instragram Lure kini mempunyai 230,000 pengikut manakala 341,000 orang mengikut akaun Facebooknya.

Minggu ini, gambar Lure sekali lagi dikongsi media China dan Taiwan, termasuk Sohu dan ET Today yang menggelarnya ‘dewi yang terhenti usia’.

Pengikutnya di Weibo (Twitter edisi China) sudah mencapai 340,000 orang.

Dalam temuramah dengan majalah Taiwan, Friday, Lure menyatakan rahsia awet mudanya mudah - minum banyak air air, makan sayur-sayuran, mengelak minuman bergula dan hanya minum kopi O ketika sarapan.

Lure juga mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk kulitnya, termasuk vitamin C dan kolagen.

Disiarkan pada: June 21, 2017 @ 9:38pm
d