global

35,000 kilogram fidget spinner dirampas

Bonn: Pihak berkuasa kastam di Jerman merampas kira-kira 35,000 kilogram fidget spinner yang dianggap tidak selamat untuk digunakan kanak-kanak.

Ia langkah yang amat dialu-alukan oleh guru dan ibu bapa.

Jurucakap pentadbiran kastam Jerman berkata, mainan yang dirampas itu mempunyai bahagian yang boleh ditanggalkan yang boleh menyebabkan ancaman mati tercekik dan ia tidak mempunyai maklumat cara menggunakannya.

Ketika pihak berkuasa Jerman berusaha memusnahkan permainan buatan China itu, fidget spinner bagaimanapun semakin polular di tempat lain.

Ketika ini, ia menduduki tempat ke 10 daripada 15 permainan paling laris dijual di Amazon.

Permainan itu menjadi popular walaupun ia sebenarnya dicipta untuk pesakit autism dan turut digunakan untuk pesakit mental dan murung.

Menurut doktor, fidget spinner tidak membawa sebarang kebaikan kepada orang normal. - Agensi

Disiarkan pada: June 22, 2017 @ 6:25am
d