global

20 korban bom depan bank

Oleh AFP

SEKURANG-KURANGNYA 20 terbunuh akibat letupan bom kereta dekat sebuah bank di bandar Lashkar Gah, Afghanistan, hari ini, ketika kakitangan kerajaan beratur mengambil gaji menjelang Aidilfitri.

Kira-kira 50 lagi cedera dalam serangan terhadap New Kabul Bank dan setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Jurucakap pihak berkuasa, Omar Zwak, berkata mereka yang terbunuh ialah orang awam serta anggota tentera dan menjangka jumlah korban meningkat.

Bom itu meletup ketika kakitangan awam dan tentera berbaris di luar bank bagi mengambil gaji untuk menyambut Aidilfitri Ahad ini.

Disiarkan pada: June 22, 2017 @ 5:47pm
d