global

Hello Kitty 'cinta' pesara polis

Oleh AFP

BEKAS anggota polis Jepun yang mempunyai koleksi Hello Kitty terbanyak di dunia, membelanjakan 30 juta yen (RM1.15 juta) bagi mengumpul koleksi berkenaan sejak selepas bersara.

Masao Gunji, 67, kini menghabiskan usia persaraannya mencari patung Hello Kitty untuk disimpan di rumah bertema Hello Kitty yang dibinanya di Yotsukaido, wilayah Chiba, dan menjadi tarikan pelancong.

“Kitty bagaikan cinta dalam hidup saya,” katanya.

Hello Kitty yang dianggap ikon comel Jepun, diperkenalkan pada 1974 dan kini menjadi eksport terkemuka negara itu meliputi pelbagai barangan, daripada patung, bekas pensil hinggalah pijama.

Pada 2014, pemilik jenama Hello Kitty, Sanrio, berkata watak Hello Kitty yang diciptanya bukan kucing tetapi budak perempuan yang gembira.

November lalu, Gunji diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai pemilik koleksi Hello Kitty terbanyak dunia.

Disiarkan pada: July 3, 2017 @ 10:09pm
d