global

Sanggup minum kopi dengan 'troll' [VIDEO]

Oleh Independent

WALAUPUN dikecam dan dipanggil nama yang menjijikkan, Ahli Parlimen wanita Muslim pertama Denmark tetap sudi minum kopi dan makan kek bersama lelaki yang mengeluarkan kata-kata keji itu.

Pertemuan antara bekas Ahli Parlimen di Denmark, Ozlem Cekic dengan lelaki yang hanya dikenali sebagai Stefan, dirakam BBC untuk program baru mereka yang disiarkan semalam.

Cekic bertemu dengan Stephan di rumahnya untuk berbincang sambil dihidangkan kopi dan kek.

Menurut akhbar Politiken, lelaki itu memanggilnya "ISIS menjijikkan dan bangkai ikan."

Dia turut menulis: “Saya bencikan kamu and apa-apa yang anda semua mewakili.”

Dalam rakaman video itu, Cekic membaca mesej yang ditulis Stefan kepadanya di Facebook. Namun Stefan dengan tenang memberitahu kata-katanya dianggap sebagai pembuka mata.

"Saya percaya anda menentang fakta dan tidak menyambut apa yang sebenarnya beralu. Saya hanya seorang warganegara prihatin yang dapat melihat perubahan dalam masyarakat kami," katanya.

Bagaimanapun, ahli politik itu memberitahu betapa bahayanya jika hanya menumpukan perhatian kepada perbezaan orang ramai dan tidak meraikan persamaan yang boleh mengikat pelbagai kaum.

"Bagaimana kita boleh duduk bersama tidak sampai satu meter namun masih jauh antara satu sama lain?

"Pemikiran anda yang menganggap kata-kata itu adalah satu hak hanya kerana saya Muslim tidak masuk akal."

Walaupn pertemuan itu santai dan beradab, suasana semakin tegang dalam tempoh 90 minit mereka bersama.

Ada satu ketika, Cekic terharu dengan emosi sehingga menangis meninggalkan bilik itu.

Pertemuan mereka berakhir dengan ucapan terima kasih Cekic kepada Stefan kerana sudi menjempunya ke rumahnya.

Namun, Cekic mengaku perbualan mereka tidaklah mudah.

Sementara itu, Stefan pula menganggap Cekic dikawal emosinya.

Menurut Stefan, mereka tidak berkemungkinan bertemu lagi namun Cekic berharap mereka akan bertemu kembali.

Cekic berasal dari Turkey berpindah ke Denmark ketika zaman kanak-kanak

Ktanya, dia menerima surat benci daripada orang ramai yang dianggap ‘troll’ setiap minggu.

Cekic berkata, dia juga pernah dipanggi "monyet" dalam beberapa e-mel.

Namun, sebelum ini, Cekic mengajak ratusan orang ramai yang menghantar mesej keji kepadanya untuk berbincang secara terbuka.

Dia juga pernah bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk orang Islam radikal dan neo-Nazi.

Disiarkan pada: July 5, 2017 @ 1:38pm
d