global

10 hilang, 400,000 dipindahkan

Oleh Reuters

SEKURANGNYA 10 orang termasuk kanak-kanak hilang dan 400,000 lagi dipindahkan selepas sungai melimpah akibat hujan lebat selama dua hari berturut-turut di barat daya Jepun, hari ini.

Menurut stesen televisyen, NHK sebahagian Fukuoka di pulau Kyushu dilanda 774 milimeter (mm) hujan dalam sembilan jam, semalam iaitu 2.2 kali ganda jumlah hujan pada Julai.

Kira-kira 7,500 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan tentera dikerahkan untuk operasi perpindahan dan pencarian.

Sebanyak 40 helikopter berada dalam keadaan siap sedia sehingga keadaan cuaca bertambah baik.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata terdapat banyak laporan berhubung keselamatan penduduk yang tidak dapat disahkan setakat ini seperti kanak-kanak serta rumah yang hanyut.

“Kami akan sentiasa berhubungan dengan kawasan yang terjejas serta berusaha menyelamatkan penduduk dan memastikan tahap kerosakan,” katanya.

Tempat paling teruk terjejas akibat hujan lebat ini adalah kawasan luar bandar di wilayah Fukuoka dan Oita.

Disiarkan pada: July 6, 2017 @ 9:35am
d