global

Biadap punya orang!

Oleh Agensi

SATU pasangan yang didapati melakukan seks ketika menunggu pesanan makanan mereka dalam sebuah restoran pizza di Yorkshire, Britain, didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di mahkamah hari ini.

Menurut The Sun, perbuatan pasangan itu, Danielle Hirst, 28 dan Craig Smith, 31, dirakam CCTV Domino’s Pizza, Februari lalu, ketika mereka sedang menunggu pesanan di kaunter dan rakaman itu tular di media sosial.

Mahkamah kemudian membenarkan mereka diikat jamin sebelum perbicaraan di Mahkamah Majistret Scarborough pada 21 September depan.

Pasangan itu menghadapi hukuman enam bulan penjara atau denda jika didapati bersalah.

Disiarkan pada: July 7, 2017 @ 9:59pm
d