global

5,000 bomba lawan kebakaran hutan

Oleh Agensi

KIRA-KIRA 8,000 penduduk dipindahkan atau diarah berpindah ketika 5,000 anggota bomba melawan kebakaran hutan yang mengancam kira-kira 5,400 kediaman.

Menurut AFP, kebakaran itu sudah memusnahkan kawasan seluas 97 kilometer persegi bermula dari Daerah San Luis Obispo hingga ke Santa Barbara, antara San Francisco dan Los Angeles.

Di Santa Barbara, lebih 1,000 anggota bomba berusaha mengawal kebakaran, termasuk menyiram air dari udara.

Lebih 3,500 orang sudah melarikan diri dari Santa Barbara sejak kebakaran bermula Jumaat lalu, ketika suhu harian mencecah 43 darjah Celsius.

Gabenor California Jerry Brown mengisytiharkan darurat di Daerah Butte berikutan kebakaran hutan itu.

Seramai 4,000 penduduk di Oroville yang terletak kira-kira 780 kilometer di utara Los Angeles sudah diarah berpindah, manakala 7,400 lagi penduduk dalam keadaan berjaga-jaga.

Ada 14 kebakaran hutan di seluruh California dengan kebakaran paling besar berlaku di Alamo, San Luis Obispo.

Disiarkan pada: July 10, 2017 @ 8:17pm
d