global

Gesa protes tindakan Israel

Oleh Agensi

PARTI Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas menggesa ‘Hari Kemarahan’€™ diadakan hari ini untuk memprotes langkah keselamatan Israel di Masjid al-Aqsa yang dikuatkuasakan selepas kejadian tembak di tempat suci itu, Jumaat lalu, yang menyebabkan lima kematian lima termasuk tiga lelaki Palestin.

Pertubuhan Palang Merah semalam berkata, sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran sepanjang malam dengan polis Israel berhampiran Al-Haram Al-Sharif.

Menurutnya, sekurang-kurangnya empat paramedik cedera dan 15 lagi dibedil peluru getah.

Hamas dan pergerakan Jihad Islam turut menggesa protes diadakan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi membantah langkah keselamatan diperkenalkan Israel, antara meletakkan alat pengesan logam di pintu masuk ke lokasi berkenaan.

Fatah turut menggesa supaya solat Jumaat diadakan di dataran awam di bandar-bandar Palestin sebagai mengutuk ‘prosedur pengganas’ dilaksanakan Israel di Baitulmaqdis Timur.

Juga sebagai tanda protes, rakyat Palestin mengadakan solat jemaah di luar pekarangan berkenaan sejak dibuka semula pada Ahad lalu selepas ditutup dua hari.

Mufti Besar Baitulmaqdis Mohammed Ahmed Hussein mengkritik langkah baru itu sebagai mengubah status quo dipersetujui di kawasan berkenaan yang memberikan orang Islam hak beribadah sepenuhnya di lokasi itu manakala orang Yahudi dibenarkan melawat tanpa beribadah.

Susulan itu, jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld berkata dalam satu kenyataan, pasukan keselamatan mengusir Muslim yang melakukan solat di ruang masuk digelar Pintu Singa kerana menghalang lalu lintas.

Disiarkan pada: July 18, 2017 @ 9:15pm
d