global

Teksi tawar khidmat 'Rishta aunty'

Oleh AFP

APLIKASI perkhidmatan teksi di Pakistan sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menawarkan perkhidmatan tambahan yang agak aneh iaitu penumpang berpeluang bertemu pencari jodoh ketika menaiki teksi.

Careem - aplikasi perkhidmatan teksi yang menyerupai Uber menawarkan 'makcik Rishta' (Rishta aunty) untuk menemani penumpang sepanjang perjalanan.

Namun, perkhidmatan oleh itu hanya disediakan selama dua hari pada 19 dan 20 Julai di Karachi, Lahore, dan Islamabad.

‘Rishta aunty’ ialah gelaran untuk pencari jodoh di Asia Selatan yang mempunyai senarai wanita dan lelaki meliputi semua jenis pekerjaan, pendapatan, bentuk tubuh, malah warna kulit sebagai calon jodoh dengan bayaran tertentu.

Perkhidmatan ‘rishta’ itu sudah dua hari ditawarkan di dua bandar raya Pakistan yang kini menjadi isu yang hangat dibincangkan di Twitter Pakistan.

Careem Pakistan menyatakan perkhidmatan yang ditawarkannya itu tidak melanggar undang-undang.

“Menyedari menyedari rishta tajuk popular dalam kalangan pengguna berusia, kami menyediakan perkhidmatan ini bagi membantu orang ramai mendapat jodoh yang tepat,” kata Pengarah Perhubungan Awamnya, Sibtain Naqvi.

“Ketika dalam perjalanan, penumpang boleh memberitahu makcik berkenaan ciri-ciri jodoh mereka dan makcik itu akan menghubungi mereka mencadangkan calon yang sesuai,” katanya.

Januari lalu, Careem menawarkan perkhidmatan menghantar ‘Doktor Careem’ ke rumah pelanggan.

Disiarkan pada: July 20, 2017 @ 9:08pm
d