global

Kempen pembangkang lumpuhkan Caracas

Caracas: Jalan raya di seluruh Venezuela lengang dan dihalang semalam untuk satu bantahan oleh penentang Presiden Nicolas Maduro yang mendesak satu pilihan raya presiden diadakan untuk mengukuhkan pemerintahan diktatornya.

Banyak perniagaan ditutup ketika penentang presiden itu berusaha ‘melumpuhkan’ seluruh negara selama 24 jam bagi meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Maduro.

“Ia berjalan baik. Tiada sebarang pergerakan, semua ditutup. Kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk menumbangkan pemerintah zalim ini,” kata seorang pemuda, Miguel Lopez.

Lopez memegang perisai yang tertera slogan ‘Tidak kepada Diktator’ ketika mengawal satu sekatan jalan raya di sini.

Pembangkang menangguhkan sementara bantahan yang berlangsung selama beberapa minggu untuk mengadakan satu pungutan suara tidak rasmi Ahad lalu.

Pungutan suara itu mendapati satu pertiga rakyat menolak Maduro dan dasar pemimpin itu.

Pembangkang juga menentang rancangan Maduro untuk mengadakan pilihan raya pada 30 Julai ini bagi memilih 545 anggota satu badan awam dikenali sebagai Dewan Perlembagaan yang akan ditugaskan untuk merangka semula perlembagaan negara itu. - Reuters

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 11:10am
d