global

Dua maut, ratusan cedera

Oleh Reuters

DUA terbunuh dan kira-kira 200 lagi cedera akibat gempa bumi kuat melanda kawasan pantai Greek dan Turki hari ini.

Mangsa yang maut ialah rakyat Turki berusia 39 tahun dan pelancong Sweden berumur 22 tahun ditimpa bumbung bar yang runtuh di pulau pelancongan Kos, Greece.

Gempa bumi kira-kira 1 pagi waktu tempatan itu juga menyebabkan tsunami yang merosakkan sejumlah kenderaan di tepi pantai di Bodrum, Turki.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat menyatakan gempa itu sekuat 6.7 magnitud yang berpusat 10 kilometer dari Bodrum dan 16 kilometer dari Kos, juga menyebababkan lebih 40 gegaran susulan dengan ada yang sehingga 4.6.

Kira-kira 80 orang dirawat di hospital di Bodrum dan puluhan ribu, mungkin lebih 100,000 pelancong kini berpusu-pusu meninggalkan pusat pelancogan di kawasan terjejas.

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 7:01pm
d