global

Lapan maut, 15 bawah runtuhan

Oleh AFP

SEKURANG-KURANGNYA lapan terbunuh selepas bangunan empat tingkat berusia 40 tahun, runtuh di Mumbai, India, hari ini, dan pasukan menyelamat menganggar kira-kira 15 orang lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.

Reuters melaporkan 16 orang berjaya dikelurkan dari bawah runtuhan bangunan di Ghatkopar itu.

AFP melaporkan jurucakap agensi bencana Mumbai, Tanaji Kamble, berkata jumlah korban setakat ini disahkan enam orang dan operasi menyelamat masih diteruskan bagi mencari kira-kira 15 orang yang terperangkap.

Dalam satu lagi kejadian di Kolkata, sebahagian sebuah bangunan runtuh selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu, namun belum ada laporan mengenai nasib mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 8:27pm
d