global

17 sekeluarga mati lemas dalam banjir

Ahmedabad: Tujuh belas anggota satu keluarga ditemui mati selepas banjir surut di sebuah kampung di Gujarat, kata pegawai semalam.

“Mereka kelihatan seperti lemas dalam banjir. Mereka dari satu keluarga dan mayat mereka ditemui dalam lumpur,” kata seorang inspektor polis di tempat kejadian, AB Parmar.

Seorang pegawai kanan kerajaan, Pankaj Kumar mengesahkan penemuan mayat itu di daerah Banaskantha.

Angka rasmi korban banjir yang melanda Gujarat ialah 111 orang dengan lebih 36,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Selain Gujarat, negeri di timur laut India, Arunachal Pradesh dan Assam juga terjejas teruk.

Di Assam, sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh sementara puluhan ribu hektar tanaman pertanian musnah. - Agensi

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 12:27pm
d