global

Gangguan asap melebihi tahap normal

Meulaboh: Gangguan asap akibat kebakaran belukar dan hutan di kawasan tanah gambut di Aceh Barat sudah melebihi tahap normal sehingga menyebabkan ramai penduduk berdepan masalah untuk bernafas.

Bercakap kepada wartawan di Meulaboh semalam, Ketua Jabatan Lingkungan Hidup dan Kebersihan daerah berkenaan, Adi Ynanda berkata, keadaan semakin buruk apabila asap yang menyelubungi Aceh Barat juga datang dari daerah bersebelahan.

“Sejak tiga hari lalu, asap sangat tebal. Bukan sahaja kanak-kanak yang sukar bernafas, orang dewasa juga terjejas,” katanya.

Selain mengharapkan bantuan kerajaan untuk melakukan pengeboman air di kawasan yang terbakar, Adi juga menggesa penduduk tempatan untuk melakukan solat mohon hujan memandangkan keadaan ketika ini bukan hanya kebakaran belukar di hutan, tetapi juga kemarau. - Agensi

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 12:40pm
d