global

Pasar ikan terbesar dunia terbakar

Oleh Agensi

Tokyo: Puluhan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar di pasar ikan yang terbesar di dunia dan antara kawasan popular pelancong di Tokyo, semalam.

Tidak ada laporan mengenai kecederaan diterima.

Kebakaran di pasar Tsukiji bermula sejurus selepas jam 5 petang (4 petang waktu Malaysia) dan kira-kira 30 kereta bomba di kerah untuk membantu memadamkan kebakaran itu.

Bagaimanapun, usaha itu terjejas kerana keadaan lorong yang sempit dan bangunan yang terlalu rapat.

Kebakaran berlaku di pasar luar Tsukiji, kawasan yang sesak dengan restoran, tempat pelancong menikmati makanan laut segar dan sushi.

Menurut laporan media, kebakaran kemudian merebak ke empat bangunan meliputi kawasan seluas 200 meter persegi.

Pasar dalam Tsukiji, tempat kebanyakan pemborong makanan laut ditempatkan dan tuna dilelong, tidak terjejas.

Pasar berkenaan wujud di kawasan itu sejak 80 tahun lalu.

Disiarkan pada: August 4, 2017 @ 8:45am
d