global

Rizieq Shihab tak jadi pulang 16 Ogos

Oleh Agensi

Jakarta: Pengerusi Barisan Pembela Islam (FPI) Habib Rizieq Shihab membatalkan hasratnya untuk pulang ke Indonesia pada 16 haribulan ini.

Peguam Rizieq, Sugito Atmo Prawiro berkata semalam, pemimpin FPI itu membatalkan rancangan berkenaan kerana bersiap untuk menunaikan haji.

“Habib (Rizieq) sibuk membuat persiapan untuk ibadah haji,” kata Sugito.

Laporan sebelum ini menyatakan, Rizieq akan pulang untuk menghadiri perhimpunan ulang tahun ke-19 penubuhan FPI dan dijangka tiba di Jakarta pada 16 Ogos.

Apabila ditanya mengenai tarikh sebenar Rizieq akan pulang, Sugito berkata, mungkin selepas menunaikan ibadah haji.

Polis berharap untuk menyoal siasat pemimpin FPI itu berkait dengan kes perbualan lucah menerusi aplikasi Whatsapp antaranya dengan aktivis politik, Firza Hussein.

Kedua-duanya dinamakan suspek dalam kes itu dan berdepan pendakwaan serta hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah.

Disiarkan pada: August 7, 2017 @ 9:09am
d