global

26 korban tanah runtuh

Oleh AFP

Hanoi: Banjir dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat menyebabkan 26 orang terbunuh dan 15 lagi hilang di kawasan pergunungan di utara Vietnam.

Dalam satu kenyataannya, pejabat bencana di Hanoi berkata, sejak Ogos lalu, banjir menyebabkan kemusnahan besar di wilayah Dien Bien, Yen Bai, Son La, Cao Bang dan Lai Chau.

“Dua puluh enam orang terbunuh, 15 hilang dan 27 lagi cedera,” katanya.

Menurut saksi di wilayah Yen Baik, banjir yang berlaku akibat hujan lebat menyebabkan tanah di lereng gunung runtuh.

“Saya mengarahkan isteri, anak dan cucu saya supaya meninggalkan rumah. Dalam sekelip mata, puluhan rumah di kampung kami hanyut,” kata penduduk, Pham Xuan Thanh.

Pihak berkuasa berkata, lebih 650 rumah musnah atau rosak di seluruh kawasan barat laut negara itu. Jumlah kerosakan dianggarkan mencecah AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion).

Kira-kira 235 orang dilapor mati atau hilang akibat banjir dan cuaca buruk di negara itu tahun lalu.

Disiarkan pada: August 8, 2017 @ 9:16am
d