global

Satu dalam tujuh bilion

Oleh Agensi

London: Seorang budak lelaki mengalami satu kecacatan yang sangat jarang ditemui menyebabkan dia kelihatan dan berkelakuan seperti kanak-kanak berusia tiga tahun.

Angus Palmes yang berusia 13 tahun mengalami satu kecacatan yang hanya ditemui seorang daripada tujuh bilion kelahiran.

Remaja itu yang seberat 12 kilogram mengalami kecacatan kromosom yang sangat jarang ditemui yang membantutkan pembesarannya.

Keadaannya sangat ganjil sehinggakan dunia perubatan tiada rekod mengenai kecacatan itu dan ibunya, Tandy percaya Palmes satu-satunya di dunia yang menderitanya.

Tandy berkata, kecacatan pada anaknya dikesan doktor ketika berusia tiga minggu dan sejak itu kehidupannya berubah.

“Anak saya mengambil 250 dos ubatan setiap minggu dan berjuang untuk hidup selama 10 tahun.

“Dia berjaya melawan penyakit meningitis ketika berusia dua tahun, jantung berlubang dan baru-baru ini beberapa siri pembedahan akibat masalah sistem penghadaman,” katanya.

Menurutnya, anaknya itu juga tidak boleh berjalan tanpa bantuan dan tidak boleh bercakap untuk berkomunikasi.

“Dia seperti bayi yang tidak pernah membesar,” jelasnya.

Disiarkan pada: August 17, 2017 @ 9:20am
d