global

Lebih ramai tinggalkan Britain

Oleh AFP

SEMAKIN ramai warga Kesatuan Eropah (EU) keluar meninggalkan Britain selepas Brexit, menurut Pejabat Statistik Nasional (ONS).

Seramai 122,000 orang dalam tempoh 12 bulan berakhir Mac lalu tidak mahu lagi berada dalam Britain selepas negara itu keluar dari EU.

Jumlah berkenaan adalah yang terbesar dalam tempoh sedekad selepas Britain mengundi keluar dari kesatuan itu.

ONS berkata, bilangan terbabit adalah 33,000 lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan 17,000 orang adalah rakyat dari lapan negara iaitu Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, Slovakia dan Slovenia yang mengganggotai EU pada tahun 2004.

Bagaimanapun, dalam kalangan mereka seramai 8,000 rakyat Bulgaria dan Romania, satu jumlah yang dianggap rendah.

“Indikasi itu menunjukkan referendum EU banyak mempengaruhi keputusan rakyat sama ada mahu masuk atau keluar dari United Kingdom,” kata Ketua Statistik Migrasi Antarabangsa ONS, Nicola White.

Sementara itu, Prof di King’s College London Jonathan Portes berkata, statistik terkini menunjukkan sekurang-kurangnta kesan daripada unidian Brexit.

Britain dan EU sedang berunding mengenai nasib kira-kira 3.2 juta rakyat Eropah yang tinggal di Britain dan sejuta warga British tinggal di EU.

Disiarkan pada: August 24, 2017 @ 8:00pm
d