global

Lima kanak-kanak Rohingya lemas

Oleh AFP

SEKURANG-KURANGNYA lima kanak-kanak Rohingya mati lemas selepas bot yang sarat membawa pelarian etnik itu karam di muara Sungai Naf yang memisahkan Myanmar dengan Bangladesh, hari ini.

Menurut pihak berkuasa Bangladesh, tiga atau empat bot membawa pelarian, karam. Bot yang digunakan biasanya bot kecil yang untuk menangkap ikan yang tidak sesuai di kawasan ombak besar seperti di muara.

Pegawai Pengawal Sempadan Babgladesh, Aloysius Sangma, berkata pihaknya percaya jumlah kematian lebih ramai dan setakat ini mayat lima mayat kanak-kanak lelaki serta perempuan sudah ditemui di beberapa lokasi tebing sungai.

Ketua polis tempatan, Main Uddin, berkata anggota sudah dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat.

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 5:13pm
d