global

Jutaan penduduk Florida mungkin dipindahkan

Oleh Agensi

GABENOR Florida memberi amaran seluruh penduduk negeri itu berkemungkinan perlu dipindahkan menjelang ketibaan Taufan Irma yang dijangka Ahad ini, selepas taufan itu meranapkan beberapa pulau di Carribbean menyebabkan 19 terbunuh.

Pada masa yang sama, Taufan Jose yang berada di belakang Irma (angin selaju 250 km/j) kini kini meningkat ke kategori empat dengan angin selaju 200 kilometer sejam dan gabungan kedua-dua taufan itu boleh membawa kemusnahan besar-besaran.

Berikutan itu, Gabenor Rick Scott mahu 20 juta penduduk Florida yang kini huru-hara dengan semua kedai kehabisan barangan serta deretan panjang kenderaan di stesen minyak, termasuk orang ramai beratur panjang membawa botol dan bekas untuk membeli minyak.

Jalan raya juga sesak dengan kenderaan orang ramai keluar dari Florida.

“Taufan itu amat kuat dan bahaya. Jangan sesekali abaikan arahan pemindahan.

“Ingat, kita boleh membina kembali rumah yang musnah namun kita tak boleh membina kembali nyawa.

“Semua penduduk Florida perlu bersedia untuk dipindahkan,” kata Scott.

Disiarkan pada: September 8, 2017 @ 11:40pm
d