global

Bina rumah di sekeliling pokok besar

Oleh Agensi

Shijiazhuang (China): Seorang lelaki membina rumah di sekeliling sebatang pokok berusia 300 tahun yang dianggap sebagai sebahagian kediamannya.

Jia Fulian yang tinggal di Shijiazhuang di wilayah Hebei berkata, pokok jenis pagoda itu pada mulanya berada di belakang rumahnya.

“Pada 1984 saya mahu membesarkan rumah tetapi sayang untuk menebang pokok berkenaan.

“Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membina rumah di sekeliling pokok itu,” katanya.

Menurutnya, dia kini menganggap pokok itu sebahagian daripada rumahnya.

“Saya sayangkan pokok ini dan gembira kerana kami dapat hidup bersama-sama.

“Pada waktu lapang saya akan menyiram pokok ini dan membersihkan dahannya,” jelasnya.

Menurutnya, dahan pokok itu yang keluar dari tingkap dan bumbung menjadikan kediamannya tumpuan orang ramai termasuk pelancong.

“Ramai yang datang untuk bergambar dengan rumah saya dan mereka kagum melihat pokok sebesar ini berada di dalam kediaman saya,” katanya.

Disiarkan pada: September 9, 2017 @ 3:36am
d