global

Tiga korban Taufan Irma di Florida

Oleh Agensi

TIGA maut sebaik Taufan Irma melanda Key West di Florida dengan kekuatan kategori empat membawa angin selaju 232 km sejam, hari ini.

Apa yang melanda pesisir pantai Florida hari ini hanya pinggir Irma, belum pusatnya yang mengancam kawasan lain di Florida termasuk bandar Naples di pantai barat. Taufan itu meranapkan banyak pulau di Carribbean menyebabkan 25 terbunuh.

Daily Mail yang memetik ABC News, melaporkan, seorang lelaki maut selepas angin kencang menyebabkan pikap dipandunya terbabas di Daerah Monroe, Key West.

Dua lagi maut dalam kemalangan jalan raya di Daerah Hardee, juga akibat angin kencang dan hujan lebat.

Jutaan penduduk di Florida terputus bekalan elektrik dengan jutaan lain penduduk Florida sudah meninggalkan negeri itu.

Ramai penduduk yang tidak berpindah kini berlindung di pusat kemasyarakatan, sekolah dan bangunan lain yang kukuh di kawasan tinggi.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 10:31pm
d