global

"Pergi atau kami bunuh semua"

Oleh Reuters

RIBUAN etnik Rohinya yang masih berada di Rakhine, Myanmar, merayu pihak berkuasa menyediakan laluan selamat kepada mereka untuk meninggalkan dua perkampungan terpencil yang kini terputus hubungan akibat dikepung pelampau Buddha.

“Kami takut. Makanan tidak ada, kami kelaparan dan mereka mengancam membakar rumah kami tidak lama lagi,” kata Maung Maung, a dari perkampungan Ah Nauk kepada Reuters melalui telefin.

Seorang lagi penduduk Rohingya yang dihubungi Reuters berkata, penduduk Buddha di Rakhine datang ke kampung sambil menjerit, "Pergi atau kami bunuh kamu semua”.

Sekurang-kurangnya 430,000 etnik Muslim Rohingya sudah melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu, berikutan operasi tentera Myanmar yang disahkan PBB sebagai pembunuhan beramai-ramai pembersihan etnik.

Maung Maung berkata, dia menghubungi polis 30 kali melaporkan ancaman itu.

Pada 13 September, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk dikenalinya yang berkata: “Pergi esok atau kami datang dan bakar semua rumah.

Pada 31 Ogos lalu, polis menganjurkan perjumpaan dengan penduduk dua kampung itu, dihadiri penduduk dari perkampungan Ah Nauk Pyin dan 14 ketua penduduk kampung lain.

Menurut Maung, polis bukan cuba mengatasi masalah sebaliknya memberi kata putus supaya penduduk Islam meninggalkan Rakhine.

“Mereka kata tidak mahu orang Islam di wilayah ini dan kamu perlu pergi segera,” kata seorang penduduk Ah Nauk Pyin yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut Maung, mereka bersetuju jika pihak berkuasa menyediakan laluan selamat.

Perjalanan dari perkampungan Ah Nauk Pyin dan Naung Pin Gyi semenanjung Rathedaung ke Bangladesh amat jauh dan sukar selain ancaman pelampau Buddha yang menghalang perjalanan penduduk Rohingya.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 4:30pm
d