global

Dua pelarian Rohingya maut dipijak gajah

Oleh Agensi

SEORANG pelarian lelaki dan seorang kanak-kanak Rohingya yang baru tiba, maut dipijak gajah liar ketika sedang tidur di bawah khemah ringkas dekat hutan di Cox’s Bazar, Bangladesh, hari ini.

Reuters melaporkan jurucakap polis Bangladesh, Chailau Murma, berkata seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia bawah tiga tahun mati dalam kejadian itu manakala tiga lagi yang cedera dihantar ke hospital.

AFP melaporkan kejadian itu berlaku awal pagi, hari ini, di pinggir kem pelarian Kutupalong di Cox's Bazar.

Chailau berkata, memang ada gajah liar dalam hutan berhampiran kawasan puluhan ribu pelarian Rohingya menjadikan pusat penempatan sementara mereka.

Menurutnya, gajah terbabit kemudian masuk ke dala hutan.

Pihak berkuasa Bangladesh sedang dalam proses memindahkan semua pelarian ke kawasan lain bagi memudahkan kerja mengawasi dan pengedaran bantuan.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 7:01pm
d