global

Facebook sekat akaun aktivis Rohingya

Oleh AFP

FACEBOOK (FB) menyekat akaun satu kumpulan yang dikatakan militan Rohingya kerana menganggap ia ‘pertubuhan bahaya’.

Media sosial itu menjadi medium utama maklumat mengenai keganasan yang berlaku di Rakhine, Myanmar, yang sudah menyebabkan lebih 420,000 etnik Rohingya menjadi pelarian.

Aktivis Rohingya menggunakan media sosial, termasuk FB untuk menyiarkan gambar dan video yang didakwa memaparkan keganasan tentera Myanmar dan penduduk Buddha terhadap etnik Rohingya berikutan kerajaan Myanmar tidak membenarkan media antarabangsa ke lokasi konflik.

Menurut AFP, jurucakap FB berkata, pihaknya tidak menerima permintaan daripada sebarang kerajaan untuk menyekat akaun Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) yang juga aktif di Twitter.

Menurut jurucakap itu, langkah FB selaras dengan dasarnya tidak membenarkan kumpulan ganas.

Jurucakap itu berkata, FB tahu aktivis Rohingya menggunakan media sosial itu untuk menarik tumpuan kepada keganasan di Rakhine namun FB tidak membenarkan kandungan yang ganas dan mengerikan.

Disiarkan pada: September 21, 2017 @ 5:18pm
d