global

Guru wanita jadikan pelajar 'anak ikan'

Oleh Agensi

SEORANG guru seni sebuah sekolah tinggi di Arkansas ditahan atas dakwaan melakukan hubungan seks dengan empat pelajarnya, termasuk dua orang pada hari yang sama.

Daily Mail yang memetik laporan ArkansasOnline melaporkan, Jessie Lorene Goline, 25, dari Jonesboro, Arkansas, yang sudah berkahwin, ditahan semalam, menghadapi satu tuduhan melakukan serangan seks kerana seorang daripada empat pelajar itu berusia bawah 18 tahun.

Siasatan kes itu dilakukan selepas ibu bapa pelajar Sekolah Tinggi Marked Tree mendakwa Jessie mempunyai hubungan seksual dengan beberapa pelajar.

Pelajar yang terbabit kemudian tampil memberi keterangan kepada polis dengan seorang memberitahu guru terbabit ‘menggoda’ mereka sejak dalam kelas dengan pujian sebelum berbalas pesanan teks dan menghantar gambar seksi kepadanya.

Menurut polis, seorang pelajar memberitahu Jessie mengambilnya selepas kelas dan membawanya ke apartmen guru berkenaan untuk melakukan seks sebelum menghantarnya kembali ke sekolah, dan sebelah malam, seorang lagi pelajar pergi ke rumah guru berkenaan.

Menurut dokumen mahkamah, Jessie mendakwa pelajar yang berusia bawah 18 tahun itu menipu umurnya dan dia hanya mengetahui umur sebenar pelajar berkenaan selepas mereka melakukan seks.

Jessie dibebaskan dengan ikat jamin AS$5,000 menunggu perbicaraannya pada 31 Oktober ini. Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum antara 10 hingga 40 tahun penjara.

Disiarkan pada: September 21, 2017 @ 6:02pm
d