global

2,350 pelarian cedera ditembak, tetak

Oleh AFP

HOSPITAL Bangladesh merawat lebih 2,350 pelarian Rohingya yang mengalami pelbagai kecederaan ketika melarikan diri diri Rakhine, Myanmar, termasuk akibat tembakan dan tetakan serta periuk api.

Pegawai kanan jabatan kesihatan Bangladesh, Enayet Hussain, berkata hampir 14,000 pelarian Rohingya dirawat di hospital serta klinik bergerak akibat sakit dan pelbagai kecederaan, termasuk 2,364 orang yang cedera akibat keganasan.

“Kecederaan itu akibat tembakan, periuk api serta senjata tajam seperti pisau dan pisau,” katanya.

Kerajaan Bangladesh yakin Myanmar memasang periuk api di sepanjang sempadannya dengan Bangladesh bagi menghalang pelarian Rohingya pulang ke kampung mereka. Beberapa kematian akibat periuk api sudah berlaku dalam kalangan pelarian.

Enayet berkata, ribuan pelarian dirawat kerana sakit, terutama masalah pernafasan dan taun akibat kebersihan yang tidak sempurna di kawasan penempatan pelarian.

Hampir 200 wanita Rohingya melahirkan anak sejak lebih 400,000 pelarian baru, tiba di Bangladesh mulai 25 Ogos lalu dan dianggarkan 20,000 lagi pelarian wanita sedang hamil.

Menurut Enayet, hampir 34,200 kanak-kanak sudah diberi vaksin Rubella dan 18,410 lagi untuk polio.

Bantuan dari seluruh dunia mula tiba, termasuk 100 tan bekalan dari Arab Saudi yang dihantar ke Bangladesh menggunakan jet jumbo Boeing manakala Amerika Syarikat mengumumkan bantuan AS$32 juta.

UNHCR menguruskan makanan, perubatan dan perlindungan dengan Program Makanan Dunia (WFP) menjamin makanan bagi 400,000 pelarian untuk empat bulan akan datang.

Disiarkan pada: September 22, 2017 @ 7:48pm
d