global

Promosi 'sugar daddy' untuk pelajar

Oleh AFP

PIHAK berkuasa Belgium akan mengambil tindakan terhadap satu laman web yang melaksanakan kempen menyediakan ‘sugar daddy’ yang boleh memberi kemewahan kepada pelajar perempuan.

Laman web berpangkalan di Norway, RichMeetBeautiful, dikecam kerana didakwa mempromosikan pelacuran berikutan kempen itu yang menggunakan lori membawa papan iklan di sekitar institusi pengajian tinggi di Bussels.

Papan iklan itu memaparkan dengan gambar wanita seksi bersama slogan, ‘Hai pelajar semua! Perbaiki gaya hidup anda, keluar dengan ‘sugar daddy’.

Semalam, lori itu diletak di depan Brussels Free University (ULB), antara universiti terkemuka Belgium ketika pelajar mendaftar untuk penggal baru.

Menurut CEO RichMeetBeautiful's Norwegian, Sigurd Vedal, sebanyak 10 lori seperti itu akan bergerak di seleruh Belgium, terutama di sekitar universiti.

Datuk Bandar Brussels, Philippe Close, berkata beliau akan mengarahkan polis mengharamkan lori terbabit.

Vedal yang menolak tuduhan mempromosikan pelacuran berkata, laman web itu seperti agensi mencari pasangan lain namun pihaknya menekankan aspek kewangan.

“Kami mensyaratkan ‘sugar baby’ perlu berusia 18 tahun ke atas.

“Seramai 150,000 wanita muda di negara Scandinavia, Belgium, Belanda dan Luxembourg mendaftar dengan kami dengan 21,000 adalah dari Belgium,” katanya.

Disiarkan pada: September 26, 2017 @ 11:50pm
d