global

12 juta beri penghormatan terakhir

Oleh Reuters

Bangkok: Seramai 12 juta penduduk melawat Istana Besar di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu, kata istana semalam.

Ribuan penduduk lagi berbaris di jalan raya berhampiran Sungai Chao Phraya untuk masuk ke istana semalam, hari terakhir bertemu Bhumibol sebelum upacara pembakaran mayat pada 26 Oktober ini.

Pegawai berkata, pelawat berbaris lebih dua kilometer dengan ramai yang mula beratur sejak kelmarin lagi.

“Saya berada di sini sejak jam 6 petang (kelmarin) dan masuk ke istana bagi memberi penghormatan terakhir pada jam 7 pagi (semalam).

“Malam tadi (kelmarin) hujan turun tetapi kami masih setia berbaris kerana kami mesti memberi penghormatan kepada bapa kami,” kata seorang penduduk Bangkok, Tossapon Thongmak, 33.

Bhumibol meninggal dunia pada usia 88 tahun dan mayatnya ditempatkan di dewan emas di dalam istana itu.

Dia digantikan oleh anak lelakinya, Raja Maha Vajiralongkorn yang menaiki takhta pada Disember lalu

Disiarkan pada: October 6, 2017 @ 10:41am
d