global

Profesor tidak beradab

Oleh Agensi

SEORANG profesor sebuah universiti di wilayah Shaanxi, China, bukan saja dipenjara 10 hari malah turut dikecam orang ramai selepas kisahnya menendang wanita pencuci jalan tular di media sosial.

Lelaki itu dikenali sebagai Ge, juga didenda 500 yuan (AS$75) kerana menyerang wanita terbabit di kawasan perumahan di Xian, kerana lori mangsa menghalang keretanya, Rabu lalu.

South China Morning Post yang memetik laporan akhbar tempatan, Huashang Daily, melaporkan kejadian itu tular di media sosial China minggu lalu, menyebabkan Ge dikecam hebat oleh orang ramai, terutama kerana pekerjaannya sebagai pensyarah.

Tiga hari selepas kejadian, Ge bersama isteri melawat wanita terbabit di hospital.

Menurut isterinya, mereka kini tertekan dengan kecaman orang ramai selain menerima ratusan panggilan telefon setiap hari dan berharap orang ramai tidak mengganggu keluarganya.

Menurut kenyataan Universiti Sains dan Teknologi Shaanxi, Ge kini digantung kerja.

Disiarkan pada: October 10, 2017 @ 8:50pm
d