global

Harga 'Pink Raj' RM126 juta

Oleh Reuters

HARGA ‘The Pink Raj’, berlian merah jambu yang dianggap pakar sebagai terbesar di dunia dijangka boleh mencapai AS$30 juta (RM126.7 juta) apabila dilelong di Geneva, bulan depan.

Berlian seberat 37 karat lebih itu kini dipamer di pusat lelongan Sotheby's di London.

Berlian itu ditemui pada pada 2015 dan dijual oleh pemiliknya yang enggan dikenali.

Berlian merah jambu yang dilelong sebelum ini pada 2010, lebih kecil saiznya - 24.78 karat, dilelong dengan harga AS$46 juta (RM194.2 juta) iaitu kira-kira AS$1 juta bagi setiap karat .

Disiarkan pada: October 14, 2017 @ 12:34am
d