global

26 maut serangan dua dron AS

Oleh AFP

JUMLAH korban serangan peluru berpandu dilancarkan dron Amerika Syarikat terhadap kumpulan Haqqani yang bersekutu dengan Taliban di daerah Kurram, di sempadan Pakistan - Afghanisan, meningkat kepada 26 orang.

Serangan itu dilancarkan tidak sampai seminggu selepas satu keluarga rakyat Kanada - Amerika yang ditahan sejak lima tahun lalu oleh kumpulan berkenaan, diselamatkan.

Serangan hari ini, mensasarkan lokasi pertemuan militan Haqqani dengan serangan dron pertama membunuh lima orang.

Menurut pegawai kanan kerajaan Pakistan, dron kedua melancarkan serangan terhadap militan Haqqani yang datang untuk mengambil mayat terbabit.

Haqqani adalah kumpulan terkuat dalam Taliban dan mendapat perhatian negara Barat berikutan banyak serangan maut terhadap tentera NATO di Afganistan.

Rakyat Kanada, Joshua Boyle, dan isterinya rakyat Amerika, Caitlan Coleman, serta tiga anak mereka diselamatkan pasukan keselamatan Pakistan pada 11 Oktober lalu.

Ketiga-tiga anak mereka dilahirkan ketika dalam tahanan selepas pasangan itu ditahan di Afghanistan pada 2012.

Disiarkan pada: October 17, 2017 @ 6:29pm
d