global

Balu Tokboy ditahan rekrut militan

Oleh Reuters

PIHAK berkuasa Filipina menahan Karen Aizha Hamidon iaitu balu Mohammad Jaafar Maguid yang juga dikenali sebagai Tokboy, bekas pemimpun kumpulan radikal Ansar Al-Khilafa kerana cuba menyebarkan idea radikal serta merekrut warga asing menyertai pemberontak pro-Daish di selatan negara itu.

Karen Aizha, yang memeluk Islam, ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) di rumahnya di Manila minggu lalu. Suaminya terbunuh dalam tembak menembak dengan polis, Januari lalu.

Menteri Kehakiman Filipina, Vitaliano Aguirre, berkata wanita itu didakwa bagi tuduhan menghasut melakukan pemberontakan.

Karen Aizha menggunakan media sosial dan aplikasi pesanan teks untuk merekrut rakyat asing membantu militan Maute dalam pertempuran di Marawi.

Dia didapati memuat naik lebih 296 kenyataan di kumpulan sembang Telegram dan WhatsApp menyeru Muslim di Filipina, India dan Singapura datang ke Marawi bagi mewujudkan wilayah.

Karen Aizha yang memakai burqa hitam dipamerkan kepada media semalam tetapi tidak dibenarkan bersuara. Komputer riba, telefon bimbit dan peralatan elektroniknya kini diperiksa pakar untuk membantu siasatan.

Disiarkan pada: October 18, 2017 @ 6:41pm
d