global

Hukuman 'Penyembelih Balkan' November ini

Oleh AFP

TRIBUNAL Jenayah Antarabangsa PBB di The Hague, Belanda, akan mengumumkan hukuman terhadap bekas pemerintah tentera Serbia, Ratko Mladic, yang terkenal dengan gelaran ‘Penyembelih Balkan’ pada 22 November ini.

Mladic menghadapi dakwaan melakukan jenayah perang pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Bosnia ketika konflik Balkan.

Mahkamah itu hari ini menyatakan: “Pengumuman penghakiman kes ini akan dilakukan pada 10 pagi, 22 November 2017.”

‘Penyembelih Balkan’ itu menafikan 11 tuduhan mengetuai kempen kejam pembersihan etnik bagi membentuk Serbia Terhebat ketika perang 1990-an, termasuk pembabitannya dalam pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica.

Disiarkan pada: October 18, 2017 @ 9:23pm
d